My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 20 April 2017

    Helah Licik Amerika Takutkan Korea Utara



    Sebuah kapal pengangkut pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) yang dikatakan menuju ke Semenajung Korea ketika ketegangan negara itu dengan Korea Utara semakin meningkat dilapor masih belum belayar ke rantau itu. Perkara itu disahkan oleh seorang pegawai pertahanan AS. 

    Pegawai Pentagon lain memberitahu CNN, kapal USS Carl Vinson dan kapal perang yang mengiringinya tidak akan tiba di perairan Semenanjung Korea itu sehingga akhir bulan ini. Tentera Laut AS pada 8 April lalu berkata, ia mengerahkan armada berkenaan yang diketuai USS Carl Vinson belayar ke utara sebagai langkah untuk menakut-nakutkan Korea Utara.

    Pada 11 April, Setiausaha Pertahanan AS, James Mattis berkata, armada berkenaan dalam pelayaran ke Semenanjung Korea. Ia disahkan oleh Presiden Donald Trump keesokannya. Bagaimanapun, pegawai Jabatan Pertahanan berkata semalam, kapal itu masih berada di perairan barat laut Australia. 

    Gambar yang diedarkan tentera laut negara itu Ahad lalu menunjukkan USS Carl Vinson belayar menerusi Selat Sunda di luar pantai Jawa, beribu-ribu kilometer dari perairan Semenanjung Korea. 

    Ketika pengumuman mengenai pengerahan armada itu, kebanyakan media AS berkata, kapal berkenaan sudah menuju ke Korea Utara dari Singapura sedangkan hakikatnya, ia belayar arah yang bertentangan.

    Laporan yang menunjukkan AS berbohong mengenai keberadaan armadanya itu menjadi bahan lawak di media China. “Kena temberang! Tidak ada pesawat AS yang dinantikan-nantikan oleh Korea Selatan itu akan tiba!” lapor Global Times dalam akaun media sosialnya ketika ia mengulas mengenai berita itu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Helah Licik Amerika Takutkan Korea Utara Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top