Minggu lalu, arena politik tanahair dihangatkan dengan pembentangan Rang Undang-Undang Syarie (Pindaan) atau lebih dikenali sebagai RUU355. Isu ini sebenarnya sudah agak lama di jadikan sebagai modal politik oleh pembangkang yang dilihat cuba untuk menggagalkan RUU355 ini dari dibentangkan di Parlimen.
Apa yang mencuri tumpuan minggu lalu adalah sikap Ahli Parlimen DAP yang dilihat berusaha bersungguh-sungguh menggagalkan pembentangan ini. Lim Kit Siang sebagai contoh, acapkali mengganggu pembentangan yang dilakukan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Tidak cukup dengan itu, deretan Ahli Parlimen dari DAP termasuk Ahli parlimen Shah Alam, Khaled Samad dan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, yang kedua-duanya beragama Islam, kerap bangun mengganggu pembentangan ini. Tidak cukup dengan itu, pelbagai kata nista turut dilemparkan oleh mereka seolah-olah RUU355 ini akan membawa kemusnahan kepada negara.
Melihat akan apa yang berlaku minggu lalu, tidak sukar untuk merumuskan bahawa Perlembagaan Persekutuan yang menggariskan Islam sebagai agama rasmi negara langsung tidak pernah diiktiraf oleh DAP. Malah, PKR, PAN dan PPBM juga terpaksa mengikut rentak DAP sehinggakan Ahli Parlimen mereka sendiri turut bersekongkol dengan DAP untuk menggagalkan RUU355 ini.
Sikap angkuh, biadab dan kurang ajar DAP ini bukanlah satu perkara yang asing. Sebelum ini, kerajaan DAP Pulau Pinang pernah mengeluarkan arahan untuk melarang pembacaan ayat suci Al Quran sebelum azan subuh dikumandangkan. Malah, penggunaan pembesar suara juga turut dilarang sebelum arahan berkenaan ditarik balik setelah mendapat kecaman ramai.
Apa yang cukup disesali adalah, Lim Kit Siang sebagai ahli politik paling veteran dalam DAP langsung enggan memperdulikan peruntukan yang terkandung di dalam Perlembagaan Negara. Adakah Lim Kit Siang terlalu angkuh untuk mengiktiraf taraf agama Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan sehingga begitu biadab dan kurang ajar mempertikaikan RUU355?
Mungkin juga Lim Kit Siang terlalu bodoh untuk menilai bahawa RUU355 ini hanya terpakai terhadap umat Islam semata-mata dan langsung tidak ada kena mengena dengan penganut agama lain. Kenapa ini tidak langsung difahami oleh Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen DAP yang lain?
Kesimpulannya, RUU355 ini dimata DAP dan Pakatan Harapan tidak lebih dari sekadar retorik politik. Mereka akan sedaya upaya menggagalkan RUU355 ini dari diluluskan di Parlimen walau apa jua cara sekalipun. Bayangkan andai mereka memerintah kelak, apa akan jadi pada nasib umat Islam dan agama Islam itu sendiri? Mungkinkah agenda kristianisasi bawaan Lim Kit Siang bakal menggantikan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan?
0 comments:
Post a Comment