My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 13 April 2017

    Berapa Lama Lagi Mahu Berketuakan Orang Yang Tidak Bertanggungjawab?



    Sejak berakhirnya Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu, antara perkara yang ingin diperhatikan adalah bagaimana calon-calon dari DAP dan Pakatan Harapan yang memenangi Pilihan Raya Umum berkenaan, menunaikan tanggungjawab mereka kepada rakyat. Semasa kempen, begitu banyak janji yang ditabur sehingga berjaya mengaburi mata rakyat untuk mengundi mereka.

    Namun, sejak memenangi Pilihan Raya Umum ke 13, majoriti Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri yang berjaya memenangi pilihan raya berkenaan, lesap begitu sahaja. Mereka lebih senang berada di luar kawasan masing-masing dan terus berpolitik siang dan malam tanpa memperdulikan masalah rakyat yang telah memberi mandat kepada mereka.

    gambar hiasan
    Agak simpati melihat nasib mereka. Sudahlah termakan janji-janji kosong yang ditabur, nasib dan keluh kesah mereka juga langsung tidak diperdulikan. Untuk meneruskan kelangsungan hidup dan mengatasi masalah, mereka akhirnya meminta bantuan beberapa pusat aduan di Parlimen masing-masing yang kesemuanya adalah dari hasil usah kerajaan Barisan Nasional.

    Sebagai contoh, Biro Pengaduan MCA yang ditubuhkan bagi membantu rakyat, hampir setiap hari, biro ini akan menerima pelbagai aduan termasuklah sikap tidak bertanggungjawab Ahli Parlimen dari pembangkang yang telah mereka pilih sebelum ini.

    Sebagai contoh, di Raub, majoriti penduduk di sana mengadu kesukaran mereka untuk bertemu dengan Ahli Parlimen dari DAP, Arrif Sabri ketika mereka mengalami masalah air. Malah, menurut beberapa orang penduduk sekitar, sejak ditadbir oleh DAP, pihak PBT di sana juga kini seolah-olah bersikap seperti kerajaan DAP Pulau Pinang yang sewenang-wenangnya menekan penjaja kecil di sini.

    Apa yang berlaku di Raub ini tidak terhenti di stu sahaja. Malah, hampir 20 buah kawasan yang dahulunya milik MCA yang telah berjaya dirampas DAP dan Pakatan Harapan juga turut mengalami nasib yang sama. langsung tidak ada kelibat Ahli Parlimen atau ADUN untuk mendengar sendiri keluh kesah rakyat apatah lagi berada lebih kerap di kawasan masing-masing.

    Kini, harapan mereka untuk mengatasi pelbagai masalah kembali disandarkan kepada Barisan Nasional. Buat semua komponen parti di dalam Barisan Nasional terutamanya MCA, inilah peluang untuk kembali mendekati pengundi. Jika boleh, usah ulangi sikap keegoan pembangkang terutama DAP yang mewakili mereka pada penggal ini. Rakyat bukan pengundi semata-mata. keluh kesah mereka juga harus diberi perhatian.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Berapa Lama Lagi Mahu Berketuakan Orang Yang Tidak Bertanggungjawab? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top