My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 19 April 2017

    Britain Umum Pilihan Raya Awal



    Perdana Menteri Britain, Theresa May semalam mengumumkan bahawa pilihan raya umum akan diadakan lebih awal pada 8 Jun depan untuk mengukuhkan kuasanya di Parlimen bagi memastikan pelan negara itu meninggalkan Kesatuan Eropah atau Brexit berjalan lancar. 

    Berdiri di luar pejabatnya di Downing Street, May berkata, beliau keberatan meminta Parlimen menyokong langkahnya untuk mengadakan pilihan raya lebih awal berbanding sepatutnya pada tahun 2020. Namun, kata May, langkah itu perlu bagi memenangi sokongan untuk parti pemerintah, Parti Konservatif dalam usaha meneruskan Brexit.

    May turut berdepan tentangan daripada partinya sendiri berhubung beberapa rombakan domestik yang beliau lakukan. Pengumuman itu juga dibuat selepas beberapa tinjauan pendapat me­nunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri berkenaan jauh lebih tinggi berbanding yang diperoleh pemimpin pembangkang daripada Parti Buruh, Jeremy Corbyn.

    “Pilihan raya awal ini perlu untuk mendapatkan kepimpinan kuat dan stabil yang diperlukan oleh Britain untuk mengharungi Brexit dan era seterusnya. Setiap undi yang diberikan kepada Parti Konservatif akan menjadikan lebih sukar kepada pembangkang untuk menghalang saya daripada menyempurnakan tugas ini (Brexit),” katanya.

    May mempertaruhkan kelebihan yang diperoleh dalam beberapa tinjauan pendapat yang menyaksikan Parti Konservatif mendahului 20 mata di hadapan Parti Buruh yang merupakan pembangkang utama. Beliau sendiri jauh mendahului Corbyn apabila hanya 14 peratus rakyat Britain didapati menyokong ketua pembangkang itu.

    May bagaimanapun perlu memenangi sokongan dua pertiga ahli Parlimen dalam persidangan pada hari ini untuk meneruskan agenda tersebut. Beliau dijangka tidak berdepan masalah kerana Parti Buruh turut menyokong rancangan itu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Britain Umum Pilihan Raya Awal Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top