My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 20 April 2017

    Penuntut Didakwa Bunuh Bayi



    Seorang penuntut wanita di sebuah kolej swasta didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh bayi perempuan yang baru dilahirkannya pada 11 April lalu. 

    Tertuduh, Betty Kuleh, 24, dituduh melakukan kesalahan itu di Apartmen Sama Jaya, Muara Tabuan di sini pada pukul 6 pagi, hari kejadian. Penuntut yang berasal dari Belaga dekat sini didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

    Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan dan tertuduh hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Zulhairil Sulaiman. Zulhairil membenarkan permohonan pihak pendakwa agar tertuduh tidak diikat jamin dan ditahan sehingga kesnya dibicarakan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Penuntut Didakwa Bunuh Bayi Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top