My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 10 April 2017

    Dua Sahabat Maut, Motosikal Bertembung Kereta Di Tambunan



    Dua sahabat maut apabila motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan Perodua Alza di Kilometer 6, Simpang Kampung Kiayawan, dekat sini awal pagi tadi. 

    Ketua Polis Daerah Keningau DSP Ahmad Jawila berkata dalam kejadian kira kira jam 2.21 pagi, kedua-dua mangsa lelaki masing-masing berumur 20 dan 21 tahun itu maut di tempat kejadian. 

    Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal dinaiki dua sahabat itu hilang kawalan selepas secara tiba-tiba masuk ke laluan kereta Perodua Alza yang datang dari arah bertentangan, katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

    "Kedua-dua mangsa telah dihantar ke Unit Forensik, Hospital Tambunan untuk dibedah siasat, manakala motosikal dan kereta terbabit dibawa ke Balai Polis Tambunan untuk tindakan lanjut," katanya.

    Menurut Ahmad Jawila, pemandu dan penumpang Perodua Alza tidak mengalami sebarang kecederaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Dua Sahabat Maut, Motosikal Bertembung Kereta Di Tambunan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top