Perodua Bezza dinobatkan sebagai kereta terbaik oleh Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM), agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi kategori produk pengangkutan dan kawasan awam 2016. Anugerah berkenaan diserahkan MRM pada majlis Anugerah Reka Bentuk Terbaik Malaysia 2016/2017 pada 18 April lalu.
Dalam satu kenyataan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, pengiktirafan itu sebagai satu penghargaan terhadap usaha gigih bagi menghasilkan sebuah kereta berjenama Malaysia dengan ciri-ciri standard global.
Perodua Bezza merangkul anugerah ‘Kereta Malaysia Terbaik’ dan ‘Kereta Penampilan Baru’ Frost & Sullivan 2017. “Pengiktirafan ini akan membantu kami untuk terus mempertingkatkan keupayaan yang diharapkan dapat melangkaui jangkaan pelanggan. Ini kerana kami sememangnya yakin dengan pendirian untuk sentiasa menambah baik aktiviti sedia ada,” katanya.
Bahagian atas badan Perodua Bezza itu direka sepenuhnya oleh Perodua dan ia adalah kereta sedan nasional pertama berstatus Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). Ia dilancarkan pada 21 Julai 2016 dan sedan paling laris bagi suku pertama 2017 dengan jualannya melebihi 15,900 unit, malah sebanyak 50,900 unit kereta itu sudah dijual sejak Julai tahun lalu.
0 comments:
Post a Comment