My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 11 April 2017

    117 Warga Korea Utara Diburu



    Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak (JIMS) sedang giat mengesan lokasi persembunyian kira-kira 117 pekerja Korea Utara yang disyaki masih bekerja tanpa permit sah di negeri ini. 

    Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Masir Kujat berkata, pegawai penguat kuasa JIMS akan digerakkan ke beberapa kawasan lokasi tumpuan pekerja negara komunis itu se­perti di Sri Aman, Bintulu, Mukah dan Lawas.

    Menurutnya, Sarawak merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang menggaji pekerja Korea Utara terutama dalam sektor perlombongan arang batu dan sektor pembinaan. “Bagaimanapun, mengikut rekod pada hujung Mac lalu, pihak Jabatan Imigresen mengesahkan tiada seorang pun daripada mereka yang telah meninggalkan negeri ini.

    “Justeru, JIMS menganggap mereka masih berada di Sarawak,” katanya kepada Kosmo! semalam. Beliau mengulas mengenai nasib 117 pekerja Korea Utara yang gagal dikesan selepas pemimpin buangan negara itu, Kim Jong-nam mati dipercayai diracun de­ngan agen saraf VX di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 pada 13 Februari lalu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 117 Warga Korea Utara Diburu Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top