My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 21 April 2017

    Polis Sibu Tidak Tolak Penglibatan Kongsi Gelap Dalam Kes Bunuh Lelaki



    Polis tidak menolak kemungkinan anggota kumpulan kongsi gelap terlibat dalam kes pembunuhan seorang lelaki di sebuah kedai kopi di Jalan Wong King Huo awal hari ini, Ketua Polis Daerah Sibu ACP Saiful Bahari Abdullah. 

    Katanya, pihak polis telah mengenal pasti kira-kira 12 lelaki yang dipercayai terlibat membunuh mangsa, Clement Tan Teck Howe, 29, dan kini sedang mengesan kesemua suspek. "Pertengkaran di antara mangsa dengan dua orang suspek bermula daripada salah faham dan provokasi di antara mereka dalam perbualan melalui aplikasi Wechat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

    Dalam kejadian 1 pagi itu, mangsa yang menjalankan perniagaan getah dikatakan sedang minum bersama empat rakannya di kedai kopi tersebut sebelum didatangi dua suspek lelaki berusia 26 dan 22 tahun dalam keadaan marah.

    Dua lelaki yang mempunyai hubungan perniagaan dengan mangsa terus bertengkar dengan mangsa sebelum memanggil kira-kira 10 lagi rakan mereka yang kemudiannya menyerang mangsa menggunakan kayu dan besi.

    "Mangsa dan rakan-rakannya cuba melarikan diri sehingga ke kaki lima kira-kira 200 meter dari kedai kopi itu. Bagaimanapun mangsa telah dipukul sehingga pengsan manakala kawan-kawannya yang lain cedera ringan semasa cuba menghalang," katanya.

    Menurutnya, kesemua suspek kemudian melarikan diri manakala mangsa telah dikejarkan ke Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia pada 5.22 pagi. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Polis Sibu Tidak Tolak Penglibatan Kongsi Gelap Dalam Kes Bunuh Lelaki Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top