Populariti drama 7 Hari Mencintaiku menyaksikan drama itu menang besar apabila membolot enam trofi termasuk kategori utama Drama Pilihan pada malam Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 (DFKL 2017) di sini, malam tadi.
Drama bersiri 28 episod siaran TV3 itu turut memenangi kategori Pengarah Pilihan yang menjadi milik Jamal Khan. Pada majlis anugerah anjuran TV3 dan TV9 itu, Shukri Yahaya diumumkan sebagai Pelakon Lelaki Pilihan menerusi lakonannya dalam 7 Hari Mencintaiku.
Manakala, Pelakon Wanita Pilihan dimenangi bintang drama bersiri Cinta Si Wedding Planner, Mira Filzah, sekaligus menewaskan 13 pesaingnya dalam kategori itu. Sementara itu, lagu Lelaki Teragung dendangan Dayang Nurfaizah pula menang Lagu Tema Pilihan.
Anugerah DFKL yang memasuki penganjuran kali keempat ini menyaksikan kategori baru diperkenalkan iaitu Drama Pilihan Tonton VIP serta Drama Radio Pilihan yang masing-masing dimenangi Meh Sandar Pada Aku dan Terima Kasih Ex.
Bagi Drama Pendek Pilihan pula menyaksikan karya Mohammad Shafie Seyed Mohamed, Syalikh Nazrul dan Rodhwan Uvaise iaitu Kongsi Kalau Malu sebagai pemenang.
Senarai Pemenang
• Pelakon Lelaki Pilihan: Shukri Yahaya (7 Hari Mencintaiku)
• Pelakon Wanita Pilihan: Mira Filzah (Cinta Si Wedding Planner)
• Drama Pilihan: 7 Hari Mencintaiku
• Pengarah Pilihan: Jamal Khan (7 Hari Mencintaiku)
• Penulis Skrip Pilihan: PGRs Team (7 Hari Mencintaiku)
• Antagonis Pilihan: Izzue Islam (Patahnya Sebelah Sayap)
• Pasangan Pilihan: Shukti Yahaya & Siti Saleha (7 Hari Mencintaiku)
• Lagu Tema Pilihan: Lelaki Teragung (Dayang Nurfaizah)
• Drama Radio Pilihan: Terima Kasih Ex
• Drama Pilihan Tonton VIP: Meh Sandar Pada Aku
• Drama Pendek Pilihan: Kongsi Kalau Malu
0 comments:
Post a Comment