My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 25 April 2017

    Jangan Jadikan Kesilapan Ejaan Sebagai Modal Politik Murahan




    Merafak sembah sekalung tahniah diucapkan kepada Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda, Yang DiPertuan Agong, Sultan Muhammad V diatas pertabalan penuh adat istiadat Kebawah Paduka Baginda Sultan sebagai Yang DiPertuan Agong. Semoga Tuanku mampu membawa negara kearah lebih cemerlang di masa hadapan.


    Di saat seluruh rakyat Malaysia bergembira dengan pertabalan penuh adat istiadat ini, sesuatu yang langsung tidak pernah dirancang berlaku di Taiping, hujung minggu lalu. Sehelai kain rentang yang digantung oleh MCA Taiping telah dikesan mengandungi kesilapan ejaan yang langsung tidak disengajakan.

    Ejaan pada kain rentang berkenaan tertulis "Pembatalan" sedangkan ayat sepatutnya adalah "Pertabalan". Kesilapan ini disedari oleh orang ramai yang pantas menjadi tular di laman sosial. Cuma apa yang menariknya, MCA Taiping pantas menurunkan kain rentang berkenaan dan menggantikannya semula setelah melakukan pembetulan di kain rentang berkenaan.

    Ketika mendapatkan respon dari pihak MCA pusat, mereka telah memohon maaf diatas kesilapan yang langsung tidak disengajakan berkenaan. Ini dibuktikan dengan kepantasan mereka bertindak balas setelah mengambil kira repon negatif yang diterima oleh MCA. Lagipun julat masa antara penggantungan kain rentang berkenaan dan masa diturunkan hanyalah sekitar 1 hingga 2 jam sahaja.

    Namun begitu, terdapat segelintir pihak terutamanya DAP cuba menangguk di air yang keruh. Mereka cuba mempolitikkan kesilapan ini seolah-olah mereka langsung tidak pernah membuat kesilapan besar sebelum ini. Harus diingat, MCA tidak pernah walau sekali mempersoalkan kedudukan YDPA sebagai teraju kepimpinan negara.

    Sebaliknya, DAP sejak sekian lama memang memasang hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Republik. Justeru, adalah sesuatu yang cukup menjengkelkan apabila ada pihak terutamanya dari kalangan penyokong DAP cuba melagakan kesilapan MCA Taiping ini dengan kaum Melayu terutamanya institusi Istana.

    Kesilapan tetap satu kesilapan. Cuma apa yang membezakan adalah betapa cepat mereka menyedari dan betapa cepat mereka mengambil respon untuk membetulkan kesilapan berkenaan. Oleh yang demikian, usah mempolitikkan kesilapan orang lain kerana puak-puak ini juga dilihat sengaja untuk mencetuskan huru hara hanya untuk kepentingan politik semata-mata. 
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jangan Jadikan Kesilapan Ejaan Sebagai Modal Politik Murahan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top