Aktivis pergerakan berhaluan kanan Israel Ichud Leumi menganjurkan barbeku percuma di luar sebuah penjara tentera di Tebing Barat tempat banduan Palestin sedang melancarkan mogok lapar.
Anggota sayap pemuda Ichud Leumi itu mendirikan peralatan memanggang di luar penjara Ofer pada Khamis lalu, malah turut membawa meja dan minuman ringan serta memanggang pelbagai jenis daging yang diedarkan percuma untuk sesiapa yang ada di situ.
Penganjur acara itu berkata, ia memang sengaja diadakan untuk menyakitkan hati banduan Palestin terbabit dengan bau makanan lazat, lapor media tempatan.
Perkelahan di luar penjara itu berlangsung beberapa jam sebelum polis mengarahkan mereka bersurai. Kira-kira 1,500 banduan Palestin melancarkan mogok lapar besar-besaran minggu ini untuk mendesak diberi hak asasi.
0 comments:
Post a Comment