My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 11 April 2017

    Misteri 2 Sahabat Hilang Terungkai



    Misteri kehilangan dua sahabat karib dari Selangor yang berkunjung ke Jakarta pada 30 Mac lalu akhirnya terjawab apabila kedua-duanya ditemui di dalam lokap polis di sini. Mohd. Shafa Ahmad, 29, dan Kamarol Arifin Mohamad Darus, 27, kini ditahan di lokap Polis Seksyen Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta bagi membantu siasatan berhubung kes dadah. 

    Mereka sebenarnya ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta di sini pada 30 Mac setelah polis menemui beberapa biji pil dipercayai dadah sintetik melalui pemeriksaan badan mereka.

    Seorang ahli perniagaan Malaysia di Jakarta, Datuk Dr. Fauzi Mohamad memberitahu, beliau kini cuba memberi bantuan untuk melantik peguam bagi membantu kedua-dua rakyat Malaysia itu.

    “Saya dimaklumkan bahawa mereka didapati membawa dadah dan dipercayai untuk kegunaan sendiri tetapi ia tetap menyalahi undang-undang negara ini. Kita sedang berusaha untuk membantu mereka dengan melantik peguam sementara menunggu tindakan selanjutnya,” kata beliau.

    Fauzi berkata, beliau dan isterinya, Datin Zaitun Evitania telah beberapa kali berkunjung ke balai polis tersebut untuk bertemu dengan kedua-dua pemuda itu. “Mereka dalam keadaan baik, malah isteri saya juga membawa makanan kepada mereka di lokap polis,” katanya lagi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Misteri 2 Sahabat Hilang Terungkai Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top