My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 19 April 2017

    296 Pekerja Korea Utara Serah Diri



    Seramai 296 warga Korea Utara di Sarawak termasuk 113 yang menjadi buruan Jabatan Imigresen Malaysia te­lah menyerah diri kepada pihak berkuasa itu sehingga semalam. 

    Ketua Pe­ngarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, mereka yang tampil menyerah diri itu membabitkan warga Korea Utara yang telah tamat permit kerja sah dan tinggal lebih masa menggunakan Pas Lawatan Sosial (PLS).

    “Kesemua 296 orang warga Korea Utara ini telah dan akan keluar dari Malaysia secara berperingkat dengan kerjasama majikan masing-masing,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini semalam. 

    Menurut beliau, pada 11 April lalu, Jabatan Imigresen memberikan tempoh seminggu untuk 117 warga Korea Utara yang bekerja di Sarawak tetapi telah tamat permit kerja tetapi masih berada di negeri itu supaya menyerah diri.

    “Ekoran amaran itu, sehingga hari ini (semalam), seramai 113 daripada 117 orang warga Korea Utara dalam senarai Jabatan Imigresen Sarawak telah menye­rah diri. Bagi empat lagi warga Korea Utara yang masih belum menyerah diri, majikan mereka telah memberi jaminan untuk menyerahkan mereka pada hari ini,” katanya.

    Selain itu, Mustafar berkata, sebanyak 183 orang warga Korea Utara yang telah tinggal lebih masa di Sarawak menggunakan PLS juga menyerah diri.

    Beliau berkata, kemasukan warga Korea Utara tersebut ke Sarawak pada masa itu tidak memerlukan Visa Masuk dan pihak syarikat juga tidak pernah hadir ke pejabat Jabatan Imigresen Sarawak untuk mengemukakan permohonan Visa Masuk selepas kerajaan Malaysia menguatkuasakan prosedur itu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 296 Pekerja Korea Utara Serah Diri Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top