My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 19 April 2017

    Pesawat Khas Ke Makkah


    Syarikat penerbangan khusus Malaysia Airlines Berhad (MAB) bagi membawa jemaah haji dan umrah dijangka memulakan operasi pada akhir tahun depan. 

    Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAB, Peter Bellew berkata, pesawat pertama membawa jemaah ke Tanah Suci Makkah itu yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan juga dari seluruh dunia dijangka tersedia bagi jemaah yang akan mengerjakan umrah pada Disember 2018 dan Januari 2019.

    “Kami menyediakan enam pesawat dan ia disesuaikan dengan penyediaan ruang solat dan tempat wuduk bagi memberi kemudahan dan keselesan kepada jemaah dalam perjalanan mereka ke Arab Saudi bagi mengerjakan ibadah,” katanya.

    CEO MAS itu berkata demikian ketika sesi wawancara bersama Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi Mikhail Raj Abdullah dalam program perniagaan baharu rancangan bual bicara BNC ‘Biz Talk’.

    Bellew berkata, bagi syarikat penerbangan haji baharu itu yang juga dikenali sebagai Project Hope, MAS akan mengubah suai enam pesawat Airbus A380 bagi pakej haji/umrah. Kos juga akan dikekalkan kerana kami akan mempunyai pesawat besar dengan bilangan tempat duduk yang menjimatkan,” katanya.

    Beliau berkata, MAS menggunakan pesawat A380 ke Arab Saudi bagi jemaah yang mengerjakan haji/umrah dan ia sangat berjaya. “Ketika ini, kami menyediakan hanya di bawah 500 tempat duduk dan ia boleh dipasang lebih 600 tempat duduk dan itulah yang kami rancang lakukan pada 2018.

    "Kami akan menggantikan tempat duduk dan memasang set baharu dan menambah tempat duduk tambahan. Bagi pihak berkuasa di Arab Saudi, ia memberikan penggunaan slot pendaratan lapangan terbang yang lebih baik. Jadi, kami akan dapat menguruskan ramai orang dari Malaysia dan negara lain di dunia untuk mengerjakan haji dan umrah serta mengurangkan kos.

    “MAS akan menawarkan penerbangan mengerjakan haji/umrah kepada penumpang dari seluruh dunia. Ia akan diuruskan oleh orang Malaysia dan dikendalikan oleh jurutera Malaysia. Kami menerima maklum balas awal yang baik, saya rasa ia akan menjadi penggunaan pesawat yang lebih baik dan akan mencapai kejayaan,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pesawat Khas Ke Makkah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top