My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 10 April 2017

    Lapangan Terbang Sibu Ditutup



    Seramai 3,787 penumpang terjejas selepas 48 penerbangan keluar masuk ke Lapangan Terbang Sibu dibatalkan ekoran operasi lapangan terbang itu ditutup buat sementara waktu. 

    Menurut Malaysia Airport Holdings Berhad dalam satu kenyataan, Lapangan Terbang Sibu terpaksa ditutup untuk kerja-kerja mengalihkan pesawat Boeing 737-800 MH2718 Malaysia Airlines yang tergelincir malam kelmarin.

    Kata kenyataan itu, pasukan penyiasat dari Kuala Lumpur juga sedang dalam penerbangan ke Sibu bagi melakukan penilaian dan siasatan berhubung insiden tersebut. “Beberapa peralatan khas yang digunakan bagi mengalihkan pesawat itu juga telah dihantar dari Kuala Lumpur ke Sibu untuk memastikan kerja-kerja di landasan lapangan terbang tersebut berjalan lancar,” katanya.

    Dalam pada itu, Pengurus Lapangan Terbang Sibu Zainuddin Abu Nasir berkata, daripada jumlah 48 penerbangan yang dibatalkan, 28 penerbangan adalah MASwings, 16 penerbangan AirAsia dan empat penerbangan Malaysia Airlines.

    Menurutnya, penerbangan itu melibatkan destinasi Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Bintulu, Miri dan Kuching. “Syarikat-syarikat penerbangan yang terlibat telah membuat keputusan membatalkan penerbangan mereka.

    “Kita jangka operasi di Lapangan Terbang Sibu kembali seperti biasa pukul 12 tengah hari ini sebaik kerja-kerja mengalihkan pesawat selesai,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Lapangan Terbang Sibu Ditutup Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top