My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 14 April 2017

    SPRM Tahan Datuk Adam Rosly



    Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ampang, Datuk Adam Rosly (gambar kecil) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kekayaan luar biasa dirinya dan pengubahan wang haram. 

    Menurut sumber, Pegawai Khas kepada Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berusia 28 tahun itu ditahan kira-kira pukul 3 petang semalam di Ibu Pejabat SPRM di sini selepas kali kedua dipanggil untuk memberi keterangan mengenai kes tersebut.

    “Pihak SPRM akan memohon kepada Mahkamah Majistret esok (hari ini) untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan kes tersebut,” kata sumber itu di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: SPRM Tahan Datuk Adam Rosly Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top