My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 20 April 2017

    'Pahit Tapi Ada Kebenaran'


    “Barisan kepimpinan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) perlu sedia terima kritikan dan jangan cepat melatah.” Itu suara penyokong tegar bola sepak negara, Ultras Malaya yang mempertahankan segala kritikan penyokong adalah demi kebaikan badan induk itu. 

    Wakil Ultras Malaya Alfadli Awaludin berkata, biarpun kadang-kala kritikan peminat itu agak pahit diterima sesetengah pihak, namun apa yang dilontarkan penyokong juga ada benarnya.

    Jelasnya, walaupun Presiden FAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim secara terbuka mengecam segelintir penyokong tempatan yang menuduh Tunku Ismail mempengaruhi keputusan perlawanan membabitkan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) baginya hanyalah perkara remeh yang tidak perlu diperbesarkan.

    “Kalau tanya kecewa atau tidak (dikecam Tunku Ismail), terus terang saya jawab tidak kerana isu yang dibangkitkan presiden sekadar isu remeh. Patutnya beliau tidak perlu perbesarkan hal itu dengan menyalahkan penyokong atas isu berkenaan. Saya rasa FAM ada banyak kerja lain yang perlu dibuat selain daripada memikirkan kritikan penyokong dan sebagainya.

    “Selagi FAM berada pada visi dan misi yang digariskan ketika manifesto (Kongres Pemilihan), saya rasa beliau tidak harus bimbang dengan kritikan penyokong. “Buat dulu kerja dan cuba hasil kejayaan kerana kami hanya mahukan hasil yang terbaik menerusi perubahan ke atas pasukan kebangsaan dan liga kita,” katanya semalam.

    Tunku Ismail sebelum ini meluahkan hasrat untuk melepaskan jawatannya selaku orang nombor satu badan induk itu selepas mengakui kecewa dengan kritikan dan tohmahan peminat yang mendakwa beliau cuba mempengaruhi keputusan khususnya aksi membabitkan Johor DT.

    Lantas, pelbagai cadangan diluahkan tokoh serta bekas pemain negara yang mahukan beliau melepaskan skuad Harimau Selatan dan ada juga menyarankan supaya Tunku Ismail usah melayan kerenah penyokong.

    “Tak semestinya pendapat penyokong ini tidak memberi kebaikan. Begitu juga dengan jurulatih, bukan semua yang mereka buat membawa kemenangan kepada pasukan. Walaupun kami bukan pakar dalam hal-hal teknikal, kami juga boleh menyumbang dengan menaikkan semangat dan motivasi pemain,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 'Pahit Tapi Ada Kebenaran' Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top