• PANAS

    Friday, 14 April 2017

    Cubaan Suspek Larikan Diri Gagal



    Cubaan empat penjenayah termasuk seorang wanita melarikan diri daripada polis gagal apabila kesemua mereka berjaya diberkas di hadapan bangunan Time Square Megamall di sini semalam. 

    Kejadian pada pukul 1.41 petang itu berlaku apabila kesemua suspek yang menaiki kenderaan utiliti sukan jenis Honda CRV cuba mencuri sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux yang diletakkan di kawasan bangunan berkenaan.

    Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Zailani Amit berkata, ketika anggotanya sedang melakukan rondaan di kawasan itu, dua lelaki dilihat keluar daripada kenderaan Honda CRV dan memasuki sebuah Toyota Hilux yang terletak berhampiran mereka.

    “Polis yang menyedari kejadian itu segera menghampiri suspek dan cuba menahan Toyota Hilux tersebut yang telah dinaiki dua lelaki terbabit. Bagaimanapun, suspek kemudian melarikan diri menggunakan Toyota Hilux curi itu sebelum polis terpaksa mengejar mereka,” katanya ketika dihubungi semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Cubaan Suspek Larikan Diri Gagal Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top