My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 10 April 2017

    Manfaat Teknologi



    Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mahu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan yang menghasilkan produk halal supaya memanfaatkan teknologi bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti. 

    Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE Dr Mohd Shahreen Zainooreen Madros berkata langkah itu akan membolehkan PKS tempatan sebagai tulang belakang ekonomi negara menawarkan produk halal menggunakan teknologi terkini kepada dunia. Beliau berkata, Malaysia kaya dengan biodiversiti menyebabkan pelbagai produk halal ditawarkan pengusaha tempatan kepada dunia.

    “Dengan teknologi moden dan terkini, pengeluar tempatan boleh menambah nilai kepada produk halal mereka yang sudahpun terkenal dengan integriti tahap tertinggi dari segi kebersihan dan kualiti,” katanya dalam satu kenyataan sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2017.

    Menurutnya, MATRADE sebagai agensi penggalak perdagangan Malaysia sentiasa menekankan kepentingan supaya syarikat Malaysia melabur lebih banyak dalam bidang teknologi moden. Katanya, sempena MIHAS 2017, MATRADE berharap lebih banyak perkhidmatan dan produk bukan makanan dipamerkan pada pameran itu sebagai sebahagian daripada keseluruhan ekosistem halal. 

    Beliau berkata, selain makanan, minat terhadap pembungkusan, kosmetik, gaya hidup dan fesyen Islam serta farmaseutikal juga mendapat sambutan begitu menggalakkan dari Eropah, Jepun dan Korea Selatan. Menurutnya, ia menunjukkan yang status halal dan patuh syariah menjadi satu elemen penting bagi menguasai pasaran global.

    “Trend ini berkembang tahun demi tahun di MIHAS dan kita perlu melihat menjangkaui produk makanan dan pengguna. Sebagai contoh, minat yang semakin meningkat terhadap gaya hidup dan fesyen Islam boleh menyediakan peluang bagi golongan muda tempatan dalam industri kreatif untuk mengembangkan potensi mereka di peringkat dunia,” katanya.

    Ketika ini, nisbah antara produk dan perkhidmatan makanan dan bukan makanan kira-kira 80 berbanding 20. Selain itu, katanya, produk biodiversiti tempatan juga menjadi elemen menarik di MIHAS yang meletakkan bioteknologi tempatan sebagai satu daripada tumpuan oleh pembeli asing. MIHAS 2017 yang bermula sejak Rabu berakhir kelmarin.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Manfaat Teknologi Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top