My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 6 April 2017

    Seumpama Membuat Semburan Racun Serangga!


    Kadang kala, kita akan tertanya-tanya, sehingga bila dunia akan menyaksikan pertumpahan darah. Saban tahun, ada sahaja medan pertempuran wujud hasil daripada kerakusan pemimpinnya samada mahu mempertahankan kuasa atau cubaan menakluk sesuatu kawasan dari tangan pemberontak.

    Dekad lalu menyaksikan bagaimana Amerika Syarikat bersama-sama sekutunya begitu rakus mewujudkan beberapa zon perang antaranya di Iraq dan Afghanistan. Namun pada dekad ini pula, antara lokasi yang paling mengerikan untuk dikunjungi adalah negara bumi ambiya, Syria.

    Semuanya bermula apabila impak Arab Spring yang menyaksikan Tunisia, Mesir dan Libya menjadi mangsa kebangkitan penduduk dan para pemberontak. Syria sebagai salah sebuah negara yang turut terkena tempias kebangkitan ini cuba bertahan dengan Presiden Basyar Al Assad cuba menghapuskan para pemberontak yang akhirnya bergabung membentuk Free Syrian Army atau FSA.

    Tidak cukup dengan itu, Abu Bakar Al Baghdadi cuba mewujudkan sebuah negara daulah Islamiyah dengan mewujudkan Islamic State of Iraq and Syria (ISIS) yang mana hari ini gerakan ajaran sesat ini dikenali sebagai IS atau Daesh. Kesemua faktor ini telah menyebabkan berlakunya perang saudara di Syria yang menyaksikan hampir 1 juta nyawa melayang.

    Perperangan yang sudah memasuki tahun ke ini diburukkan lagi dengan campur tangan dua kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat dan Russia. Amerika Syarikat dilihat lebih pro kepada FSA dan seterunya, Russia pula berpihak kepada rejim Basyar Al Assad. Hampir setiap hari, pesawat penggempur kedua-dua negara ini akan mengebom sasaran musuh di mana kebanyakan mangsa adalah terdiri daripada rakyat Syria yang tidak berdosa.

    Baru-baru ini, dunia digemparkan dengan serangan senjata saraf kimia yang menyaksikan begitu banyak korban. Hal ini cukup mengejutkan dunia kerana sebelum ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengeluarkan beberapa Resolusi yang mengharamkan penggunaan senjata kimia dilakukan terhadap orang awam.

    Beberapa keping gambar pantas menjadi tular di seluruh dunia yang menyaksikan, pelbagai lakaran kesedihan warga Syria. Ada beberapa keping gambar yang menunjukkan sekumpulan kanak-kanak menemui ajal akibat kerakusan pasukan tentera menggunakan bom saraf untuk menghancurkan musuh.

    Tanpa ada sebarang rasa bersalah, Rejim Basyar dan Russia dilaporkan berkata, ianya berpunca daripada kebocoran depot simpanan senjata kimia di kawasan berkenaan. Walhal, menurut saksi yang masih hidup, kawasan bandar Khan Sheikhoun di bom oleh pesawat penggempur Syria dan ianya digambarkan seperti menyembur racun serangga di sebuah ladang yang luas.

    Ini adalah serangan bom kimia yang kedua dilaporkan sepanjang perseteruan antara Rejim Basyar yang disokong Russia terhadap rakyat Syria sendiri. Apa lagi yang boleh dikatakan apabila Presidennya sendiri seolah-olah sudah semakin hilang akal. Syria yang satu ketika dahulu cukup indah hari ini cuma tinggal kesan-kesan tembakan dan runtuhan bangunan sahaja.

    Ianya tidak ubah seperti sebuah negara berhantu dengan hampir setiap hari, ada sahaja pengeboman di lakukan oleh kedua-dua belah pihak. Yang menjadi mangsa tetap rakyat Syria yang tidak berdosa dan Basyar Al Assad jauh lebih rela menyaksikan kehancuran Syria dari bertolak ansur untuk mengadakan rundingan pengundurannya dari Damsyik.


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Seumpama Membuat Semburan Racun Serangga! Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top