My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 20 April 2017

    Inilah Hasil Didikan Lim Kit Siang Selama 51 Tahun




    Semua orang tahu bahawa DAP adalah sebuah parti yang mengutamakan liberal dan kebebasan serta hak sama rata antara semua kaum. Sekali imbas, parti ini seolah-olah menjulang idealogi athies iaitu idealogi tanpa pegangan agama yang kuat di kalangan ahlinya. Pendek kata, matlamat menghalalkan segala cara walaupun ianya tidak sesuai dikalangan rakyat yang berbilang kaum.

    Di dalam DAP mahupun dikalangan rakyat Malaysia, bukan satu rahsia lagi apabila menyebut nama pasangan "romantis", Dyana Sofya dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari. Sudah acapkali gambar intim mereka tersebar di media sosial samada gambar mereka berada di rumah, di kelab malam mahupun di restoran.

    Melihat kepada gambar-gambar yang tersebar, mereka langsung tidak memperdulikan status mereka yang menjadi tumpuan umum. Malah Zairil selaku Ahli Parlimen, langsung tidak menunjukkan contoh yang baik buat rakyat yang diwakilinya. Lebih menghairankan, Zairil seolah-olah langsung tidak memperdulikan perasaan isterinya apabila terlalu kerap dilihat mencumbui Dyana secara terbuka.

    Melihat akan perkara ini, timbul persoalan, adakah Lim Kit Siang selaku orang nombor 1 DAP langsung tidak menasihati orang bawahannya sementelah orang bawahannya ini juga adalah Ahli parlimen yang mewakili DAP? Di manakah moral pemimpin DAP jika dilihat kepada kelakuan Zairil, Dyana mahupun anaknya sendiri, Lim Guan Eng?

    Sepatutnya, selaku orang lama dalam arus politik perdana, Lim Kit Siang wajar menegur kelakuan ahlinya yang boleh dianggap mencemarkan nama parti dan dirinya sendiri. Namun, Lim Kit Siang seolah-olah mempersetankan kesemua itu dan lebih berminat untuk terus berpolitik, seolah-olah kelakuan Zairil, Dyana mahupun Lim Guan Eng itu boleh diterima oleh seluruh rakyat Malaysia.

    Bersandarkan kepada kelakuan Zairil dan Dyana ini, mudah untuk disimpulkan bahawa, DAP sememangnya tidak langsung memperdulikan masalah moral di kalangan anak muda. Mereka lebih berminat untuk berpolitik sahaja tanpa memperdulikan ajaran agama, moral mahupun persepsi masyarakat.

    Andai kata mereka mampu membentuk kerajaan satu hari nanti, bayangkan aqidah, moral dan pegangan agama anak-anak muda kita kelak. Dengan berpegang teguh kepada liberal, hak samarata dan kebebasan penuh, tidak mustahil, Malaysia akan berhadapan dengan masalah moral di kalangan anak muda tanpa ada sebarang usaha untuk mencegahnya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Inilah Hasil Didikan Lim Kit Siang Selama 51 Tahun Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top