My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 15 April 2017

    Jokowi Kecewa Pelaburan Kecil Arab Saudi




    Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) kecewa selepas mendapati pelaburan Arab Saudi di China lebih besar berbanding di Indonesia walaupun memberi layanan istimewa kepada Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud yang melawat negara itu bulan lalu. 

    Arab Saudi dilaporkan melabur AS$65 bilion (RM287 bilion) di China, hampir 10 kali ganda berbanding perjanjian AS$6.71 bilion (RM29.6 bilion) untuk melabur di Indonesia.

    “Pelaburan Arab Saudi di Indonesia adalah besar tetapi saya terkejut apabila Raja Salman melawat China dia menandatangani kontrak bernilai AS$65 bilion. Saya memegang payung untuk Raja Salman tetapi kami mendapat jumlah yang kecil. Saya sedikit kecewa,” katanya yang dipetik Jakartapost kelmarin.

    Jokowi merujuk lawatan Raja Salman ke Istana Negara di Bogor, Jawa Barat ketika hujan lebat pada 1 Mac lalu. Ketika lawatan itu, Jokowi dilihat memegang payung untuk Raja Salman dan menyebabkan bajunya sendiri basah.

    Secara keseluruhannya, lawatan Raja Salman itu dianggap istimewa dengan Jokowi sendiri menyambut pemerintah Arab Saudi itu di lapangan terbang.

    Raja Salman dan rombongannya juga bercuti selama dua minggu di Bali dan diberi kawalan ketat oleh pihak berkuasa. Lawatan Raja Salman itu dianggap sangat bersejarah kerana menjadi pemerintah Arab Saudi pertama melawat Indonesia dalam tempoh 47 tahun.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jokowi Kecewa Pelaburan Kecil Arab Saudi Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top