My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 15 April 2017

    BATB : Filem Muzikal Paling Laris



    Filem Beauty and the Beast mencatat sejarah sebagai filem muzikal aksi paling laris apabila mencatat kutipan sebanyak USD 1 bilion (RM4.41 bilion) di seluruh dunia hari ini selepas sebulan ditayangkan. 

    Disney dalam kenyataannya hari ini berkata, filem lakonan Emma Watson, Dan Stevens, Luke Evans dan Josh Gad itu turut diangkat sebagai filem paling laris tahun ini. Pencapaian ini menyaksikan Beauty and the Beast kini menyertai beberapa filem lain yang berjaya mencatat kutipan melebihi USD 1 bilion antaranya The Avengers, Captain America: Civil War dan Frozen.

    Ia juga filem kedua lakonan Emma yang mencatat kutipan sebanyak itu selepas Harry Potter and the Deathly Hollows : Part 2 pada 2011. Filem arahan Bill Condon yang membabitkan kos pembikinan sebanyak USD 160 juta (RM706 juta) itu mula ditayangkan di negara ini sejak 30 Mac lalu.

    Ia turut berdepan kontroversi apabila tayangan di negara ini yang sepatutnya bermula 16 Mac lalu ditangguhkan kerana dikatakan terdapat babak memaparkan percintaan homoseksual. Sementara itu, jurucakap Disney Malaysia ketika dihubungi memaklumkan filem berkenaan berjaya mencatat kutipan sebaanyak RM93 juta selepas dua minggu ditayangkan di negara ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: BATB : Filem Muzikal Paling Laris Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top