My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 13 April 2017

    Pembiayaan P2P



    RHB Bank Berhad (RHB Bank) menandatangani kerjasama strategik dengan Funding Societies Malaysia, pembiayaan antara rakan setara (P2P) serantau dalam mengembangkan peluang pembiayaan bagi segmen perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia. 

    Pengarah Urusan Kumpulan RHB Bank Datuk Khairussaleh Ramli berkata, usaha sama itu bagi memenuhi keperluan pelanggan PKS yang kurang mendapat perkhidmatan pembiayaan untuk mengembangkan perniagaan masing-masing.

    Beliau berkata, pembiayaan P2P adalah trend global yang sedang meningkat naik di barat dan rantau Asia dijangka menjadi destinasi pertumbuhan pesat seterusnya bagi pembiayaan berkenaan. 

    “Menerusi teknologi moden dan Internet, P2P membolehkan peminjam mendapatkan pembiayaan secara langsung daripada pelabur tanpa melalui institusi perbankan atau perantara. Di Malaysia, peminjam terhad kepada PKS terutama mereka yang tidak memenuhi kriteria untuk mendapat pembiayaan bank.

    “Dalam usaha untuk terus mengembangkan asas pelanggan daripada kalangan PKS, kita yakin usaha sama yang terjalin ini mampu memberi manfaat kepada semua pihak khususnya usahawan PKS,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian antara RHB Bank dan Funding Societies Malaysia. 

    Funding Societies adalah satu daripada enam platform pembiayaan rakan setara berlesen di Malaysia yang diiktiraf Suruhanjaya Sekuriti.

    Pada majlis itu, Ketua Pegawai Digital RHB Bank Rohan Krishnalingam mewakili RHB Bank manakala Ketua Pegawai Eksekutif Funding Societies Malaysia Wong Kah Meng mewakili pihaknya disaksikan Khairussaleh dan Pengasas Bersama Funding Societies Malaysia Kelvin Teo.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pembiayaan P2P Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top