PETINJU profesional Malaysia, Muhammad Farkhan Mohd. Haron (gambar) mengharumkan nama negara selepas dinamakan sebagai penerima Anugerah Petinju Contoh Terbaik Konfederasi Tinju Dunia (WBC) Asia 2016.
Atlet kelahiran Johor berusia 29 tahun itu menerima pengiktirafan tersebut atas kejayaannya muncul petinju pertama Malaysia meraih dua gelaran iaitu Light Heavyweight WBC Asia dan Silver Cruiserweight WBC Asia.
Dalam laman Facebook, Johor Southern Tigers, Farkhan berkata, dia berterima kasih kepada Penaung Diraja Persatuan Tinju Johor, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang memainkan peranan utama sehingga dia meraih kejayaan tersebut dalam karier profesionalnya.
Farkhan akan menerima pengiktiran tersebut pada Anugerah Tahunan WBC Asia 2016 di Bangkok, Thailand pada 24 Mei depan.
Anak kepada bekas petinju negara, Allahyarham Mohd. Haron Ismail itu memenangi kejuaraan Light Heavyweight WBC Asia selepas menewaskan petinju Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Kaseba pada Kejohanan Tinju Antarabangsa Johor awal tahun ini.
Sebelum itu, Farkhan meraih kejuaraan Silver Cruiserweight WBC Asia selepas menumpaskan petinju Indonesia, Elly Pangaribuan dengan technical knockout (TKO) di Far East Square, Singapura pada Julai tahun lepas.
0 comments:
Post a Comment