My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 25 April 2017

    Azizul Ammar Digantung Tugas



    Rancangan Sukan Tak Sentral terbitan TV3 ditamatkan siarannya serta-merta susulan tindakan program komedi berasaskan sukan itu yang memperlekeh dan menghina mendiang bapa bekas jaguh pecut kebangsaan, Watson Nyambek seperti yang disiarkan malam Sabtu lalu. 

    Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios Sdn. Bhd. (Primeworks Studios), Datuk Ahmad Izham Omar berkata, tugas pengacaranya, Azizul Ammar Abu Hassan dan enam kru program itu turut digantung, namun tiada tempoh masa yang ditetapkan.

    Menurut Ahmad Izham, pihaknya kesal dengan insiden berkenaan dan mengakui perbuatan mempersenda adalah salah dan tidak sepatutnya berlaku. “Saya mewakili Primeworks Studios memohon maaf kepada Watson, ke­luarga serta seluruh rakyat Sarawak yang ter­singgung dengan tindakan pengacara program itu, Azizul Ammar Abu Hassan.

    “Sehubungan itu, Ammar juga tidak akan dipanggil untuk mana-mana rancangan di stesen televisyen ini,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Azizul Ammar Digantung Tugas Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top