My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 14 April 2017

    Ekonomi Malaysia Kekal Berdaya Tahan



    Bank Dunia menjangka Malaysia mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang sederhana sebanyak 4.3 peratus pada tahun ini, meningkat daripada 4.2 peratus pada 2016, didorong oleh penggunaan swasta.  

    Pengurus Negara/Wakil Bank Dunia ke Malaysia Faris Hadad-Zervos berkata, dalam East Asia and Pacific Economic Update, kajian setengah tahun mengenai negara membangun di rantau ini oleh bank itu, menyatakan KDNK negara diunjurkan meningkat pada 2018 dan 2019.

    “Subsidi kerajaan yang tinggi, lebih banyak perbelanjaan infrastruktur dan eksport yang meningkat menjadi faktor yang dapat memacu ekonomi Malaysia pada 2017 dan meningkat sehingga kepada 4.5 peratus pada tahun depan.

    “Kami sedar ekonomi turut bergantung kepada persekitaran perdagangan dan perlindungan perdagangan, dan bahawa persekitaran global dipenuhi dengan ketidaktentuan.

    "Ia turut bergantung kepada keadaan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan potensi impak daripada kenaikan kadar Rizab Persekutuan AS, jika ada, berikutan Malaysia mudah terdedah kepada semua risiko ini sebagai sebuah ekonomi terbuka,” katanya selepas sesi taklimat mengenai laporan itu di sini, semalam.

    Beliau berkata setakat ini, dasar fiskal dan monetari Malaysia terus kukuh dan dijangka dapat menghadapi cabaran perniagaan. “Malaysia perlu terus menumpukan kepada pembaharuan struktur dalam jangka masa panjang untuk memastikan ia mampan dalam status negara berpendapatan tinggi,” katanya.

    Sesi taklimat itu diketuai oleh Ketua Ekonomi bagi Rantau Asia Timur dan Pasifik Bank Dunia, Sudhir Shetty melalui sidang video dari Washington DC.

    Sudhir berkata, pertumbuhan di Asia Timur dan Pasifik dijangka terus berdaya tahan dengan prospek dijangka positif dalam tempoh tiga tahun akan datang, dipacu oleh permintaan domestik yang kukuh serta pemulihan ekonomi global dan harga komoditi secara berperingkat.

    “Pertumbuhan di rantau ini akan terus dipacu oleh permintaan domestik yang kukuh, termasuk pelaburan awam dan swasta serta turut disokong permintaan yang meningkat bagi eksport, susulan pasaran baru muncul dan negara membangun yang pulih,” katanya.

    Secara keseluruhannya, negara membangun Asia Timur dan Pasifik diunjurkan berkembang pada 6.2 peratus pada 2017 dan 6.1 peratus pada 2018. Bagaimanapun, laporan itu menyatakan persekitaran global dan cabaran domestik masih memberi risiko kepada prospek rantau ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ekonomi Malaysia Kekal Berdaya Tahan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top