My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 14 April 2017

    Jangan Cuba Cabar Dinasti Lim Di Dalam DAP




    Bagi amalan demokrasi, samada dari peringkat kumpulan, parti politik mahupun negara, sesiapa jua berhak untuk menawarkan diri untuk bertanding dalam apa jua peringkat dan jawatan. Ia melambangkan keutuhan sesebuah organisasi dan ianya memberi peluang kepada semua pihak bertanding, sesuai dengan amalan demokrasi.

    Namun lain pula halnya dengan DAP. Sebagai sebuah parti politik yang sudah mencecah angka 51 tahun, sepatutnya parti ini mengamalkan demokrasi sepenuhnya. Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Penguasaan Lim Kit Siang di dalam DAP sememangnya langsung tidak boleh dicabar oleh sesiapa pun.

    Di setiap kali kongres pemilihan DAP di adakan, tidak pernah tercatat dalam sejarah, apa jua jawatan yang di sandang oleh Lim Kit Siang dibenarkan dicabar oleh mana-mana ahli parti.Dia seolah-olah mendapat imuniti dari parti dan langsung tidak boleh disentuh oleh sesiapapun.

    Pendek kata, selagi ada hayat Lim Kit Siang, dia bebas untuk menjawat apa jua jawatan yang dia suka tanpa perlu berhadapan dengan CEC. Apa yang menariknya, kedudukan Lim Kit Siang ini sudah berlarutan selama 51 tahun dan oleh yang demikian, dia bolehlah dianggap sebagai diktator kelahiran DAP hasil asuhan parti induknya, PAP di Singapura.

    Hari ini, perkara yang sama terus berulang apabila jawatan Setiausaha Agung DAP disandang oleh anak Lim Kit Siang sendiri, Lim Guan Eng. Agak menghairankan, tidak pernah tercatat dalam mana-mana minit mesyuarat CEC yang mengesahkan, Lim Guan Eng menang tanpa bertanding. Sebaliknya, jawatan yang disandang Guan Eng ini adalah hasil lantikan Kit Siang sendiri.

    Untuk mencabar dua jawatan tertinggi DAP ini? Untuk ahli DAP, baik lupakan sahaja kerana Lim Kit Siang benar-benar mahu menjadikan DAP ini sebagai sebuah parti hak milik diri dan keluarganya sendiri. Untuk ahli-ahli lain, mereka tidak ubah seperti "khadam" kepada keluarga Dinasti Lim yang akan mengetuai DAP selagi mana yang mereka mahu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jangan Cuba Cabar Dinasti Lim Di Dalam DAP Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top