My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 10 April 2017

    Syria Bakal Jadi Lubuk Kekayaan Trump Dan Putin?





    Seluruh dunia kini memusatkan tumpuan ke Syria untuk menilai sendiri sejauh mana konflik di negara berkenaan mampu mencetuskan impak perang terhadap seluruh dunia. Hampir 7 tahun sudah berlalu sejak Syria terjerumus ke konflik perang saudara, sehingga hari ini sinar perdamaian masih terlalu jauh untuk di gapai.

    Pelbagai faktor yang menyumbang kepada kehancuran Syria hari ini. Namun jika dirungkai satu persatu, semuanya berpunca dari kedegilan Presiden Basyar Al Assad untuk melepaskan jawatannya sebagai Presiden Syria. Kedegilan Basyar ini sebenarnya mudah di fahami namun sukar untuk diterima oleh lebih separuh rakyat Syria terutamanya berfahaman Sunni.

    Seluruh dunia tahu bahawa di belakang Basyar adalah Russia di mana negara berkenaan menjadi pembantu paling setia Basyar dalam memerangi pemberontak yang di bantu oleh Amerika Syarikat. Tanpa Russia yang membekalkan senjata, sukar untuk Basyar mengekalkan kuasanya hari ini.

    Beberapa tahun di awal konflik persenjataan di Syria, boleh dikatakan simpati dunia terhadap Basyar memang agak tinggi. Bagi komuniti dunia, insiden Arab Spring yang berlaku di Timur Tengah itu adalah satu amalan yang bertentangan dengan amalan demokrasi. Namun, semuanya berubah sebaik sahaja Basyar enggan langsung memperdulikan tuntutan keamanan dari semua pihak.

    Dia sebaliknya mengarahkan lebih banyak serangan ditumpukan kearah kumpulan Free Syria Army yang kesemuanya berfahaman Sunni. Disinilah Russia dan Amerika mula mencampuri urusan perang saudara ini dengan alasan menjaga hak masing-masing di Timur Tengah. Yang menjadi mangsa terhadap kehadiran "Yajuj dan Majuj" ini adalah rakyat Syria sendiri.

    Tragedi pengeboman dengan menggunakan gas sarin keatas rakyat Syria baru-baru ini oleh tentera Syria dengan dibantu Russia, nyata membimbangkan komuniti dunia. Bagi saksi yang melihat serangan berkenaan, mereka menyifatkan serangan itu seumpama menyembur racun serangga di tengah-tengah ladang tanaman mereka.

    Angka korban akibat serangan gila ini bukan sedikit dan lebih menyayat hati, kanak-kanak adalah majoriti mangsa yang terkorban. Sabtu lalu, Amerika pula menunjukkan kekuatannya apabila mengebom pusat tentera yang digunakan oleh tentera Syria dan Russia. Hal ini mencetuskan kebimbangan, mungkinkah ketegangan ini bakal meletusnya Perang Dunia Ketiga?

    Apa yang harus kita fahami apabila membicarakan tentang konflik di Syria ini, Amerika dan Russia pada penghujung tahun lalu sudah memasuki fasa Perang Dingin. Kedua-dua negara ini sudah mula mencetuskan pelbagai propaganda memburukkan antara satu sama lain sehinggakan beberapa negara jiran seperti Turki dan Iraq turut sama terheret dalam konflik gergasi ini.

    Justeru, bukan satu yang mengejutkan apabila ramai pemerhati yang melahirkan kebimbangan, kemungkinan pertembungan antara tentera Russia dan Amerika Syarikat akan berlaku tidak lama lagi. Risikonya bukan sedikit, ianya memungkinkan akan berlaku Perang Dunia Ketiga dan kali ini, Timur Tengah akan menjadi pusat kepada peperangan ini.

    Agak menarik untuk kita persoalkan, adakah ini adalah strategi Amerika untuk melumpuhkan ekonomi dunia bagi mengukuhkan ekonominya sendiri? Ini kerana, seluruh dunia mengetahui bahawa Presiden Donald Trump dan Vladimir Putin mempunyai hubungan perniagaan yang cukup erat. Adakah mereka memilih untuk menghancurkan hubungan ini?

    Jawapannya, sudah tentu tidak. Mengambil kira logik ahli perniagaan, mereka akan sentiasa mempertingkatkan hubungan supaya perniagaan mereka akan mendapat keuntungan yang lebih. Justeru, untuk melonjakkan keuntungan antara mereka berdua, satu perang harus diwujudkan bagi membolehkan industri yang mereka terajui akan melonjak keuntungannya.

    Seperti yang ditegaskan di atas, yang menjadi mangsa adalah rakyat Syria. Bagi Trump dan Putin, tidak ada apa yang merugikan mereka. Sebaliknya, baik Trump mahupun Putin, ketegangan dan peperangan harus diwujudkan bagi membolehkan mereka memperolehi laba hasil daripada peperangan ini dan malangnya, Syria pula menjadi mangsa ketamakan mereka berdua.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Syria Bakal Jadi Lubuk Kekayaan Trump Dan Putin? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top