My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 13 April 2017

    Terjun Laut Takut Diberkas APMM



    Sekumpulan nelayan yang melakukan aktiviti mengebom ikan bertindak nekad terjun ke dalam laut bagi mengelakkan mereka ditahan pihak Maritim Malaysia (APMM) dalam kejadian di kawasan paya bakau di Kampung Pondo, Pulau Gaya dekat sini semalam. 

    Pengarah APMM Kota Kinabalu, Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz berkata, kejadian pada pukul 12.40 pagi itu berlaku ketika pihaknya yang sedang melakukan rondaan cuba mendekati dua buah bot selepas didapati dalam keadaan mencurigakan. Katanya, sebaik didekati, kesemua kru bot bertindak terjun ke dalam laut sebelum melarikan diri ke kawasan paya bakau.

    “Pemeriksaan mendapati kedua-dua bot yang tidak mempunyai nombor pendaftaran itu mempu­nyai pelbagai jenis ikan seberat 200 kilogram bernilai RM15,000.

    “Kita turut menemui pelbagai peralatan yang digunakan untuk mengebom ikan. Kita percaya mereka melakukan aktiviti tidak bertanggungjawab itu untuk memperoleh ikan yang banyak dalam tempoh singkat,” katanya di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Terjun Laut Takut Diberkas APMM Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top