My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 3 April 2017

    Tiada Istilah Malu Dan Tanggungjawab Dalam DAP


    Sejak kebelakangan ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilihat cukup kerap mengadakan serbuan terhadap sebarang aduan yang membabitkan kesalahan rasuah yang dilakukan oleh orang ramai. Serbuan yang mereka lakukan setakat ini tidak mengenal siapa, asal ada aduan, mereka akan terus hadir untuk melakukan serbuan dan siasatan.

    Baru-baru ini, SPRM telah menyerbu pejabat Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok. Ini adalah susulan laporan dibuat Pengerusi Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos, berhubung dakwaan penyelewengan dana Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

    Apa yang menariknya di sini adalah, Teresa Kok dengan pantas menyalahkan Datuk Seri Jamal yang kononnya cuba memusnahkan karier politiknya dengan laporan yang kononnya palsu. Teresa juga dilaporkan ingin mengheret Datuk Seri Jamal ke mahkamah atas pelbagai tuduhan yang mengaibkan dirinya.

    Walhal, laporan yang dibuat oleh Datuk Seri Jamal ini bersandarkan kepada kenyataan Menteri besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali yang mendakwa segala urusan berkaitan YAWAS dan SMUE di bawah seliaan Teresa Kok dan bukannya kerajaan negeri.

    Agak menghairankan, apabila terkena dengan batang hidung sendiri, kenapa mereka mahu menyaman pihak yang membuat laporan? Bukankah selama ini mereka yang melaungkan intergiriti dan bersih dalam kepimpinan serta amalan kebebasan bersuara.? Justeru kenapa perlu takut dengan bayang-bayang sendiri?

    Teresa Kok mahupun mana-mana pemimpin pembangkang terutama DAP sebenarnya langsung tiada istilah malu atau rasa bertanggungjawab. Mereka akan cuba mencari salah orang lain daripada mengakui kesalahan sendiri. Lihat sahaja bagaimana caranya seseorang itu mampu atau tidak meemikul tanggungjawab.

    Baru-baru ini, terbongkar satu kes rasuah yang melibatkan seorang Exco Kerajaan Negeri Johor. Menyedari dirinya sedang disiasat, beliau dengan secara sukarela telah mengambil cuti bagi memberi laluan kepada SPRM menyiasat kes rasuah terhadap beliau sehingga selesai. Malah kerajaan negeri Johor juga telah berjanji akan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM bagi menyiasat kes ini.

    Ini berbeza dengan parti DAP dan pemimpin mereka. Apabila mereka disiasat oleh SPRM susulan laporan penyelewengan wang rakyat, perkara pertama sekali yang mereka lakukan adalah mengatakan bahawa siasatan SPRM terhadap mereka adalah bersifat politik untuk menjatuhkan kredibiliti mereka.

    Memetik kenyataan media yang dikeluarkan oleh Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan, beliau mempersoalkan apa istimewanya pemimpin DAP sehingga mereka tidak boleh disiasat pihak SPRM? Di hadapan rakyat DAP berpura-pura kononnya inginkan pentadbiran yang kompeten, telus, dan terbuka tetapi apabila disiasat SPRM mereka melatah dan mengatakan ini semua satu drama dan konspirasi.

    Melalui kenyataan berkenaan, beliau berkata, inilah bukti sikap hipokrit dan double standard DAP. Bila pemimpin BN disiasat SPRM mereka memuji SPRM menjalankan tugas dengan baik. Namun apabila DAP disiasat mereka katakan ini merupakan satu drama dan konspirasi. Jika tidak bermasalah, kenapa perlu takut?
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tiada Istilah Malu Dan Tanggungjawab Dalam DAP Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top