My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 2 November 2017

    19,000 PATI Ditahan Tiada E-Kad



    Jabatan Imigresen Malaysia berjaya menahan lebih 19,000 pendatang asing tanpa izin (PATI) pelbagai warganegara sepanjang Ops Mega Enforcement Card (E-Kad) yang dilancarkan sejak 1 Julai lalu. 

    Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali (gambar kecil) berkata, sepanjang tempoh empat bulan operasi itu berlangsung hingga kelmarin, seramai 427 majikan turut diberkas dan diberi notis untuk hadir bagi memberi keterangan.

    Menurut beliau, pihaknya tidak akan berkompromi kepada mana-mana majikan didapati masih berdegil kerana tidak mendaftarkan PATI atau pekerja asing yang enggan hadir bagi membuat pendaftaran untuk mendapatkan E-Kad.

    “Bayangkan dalam tempoh beberapa bulan sahaja, kita sudah berjaya menahan lebih 19,000 PATI. Ini bukannya kerja mudah tetapi atas kerja-kerja kita yang agresif kita berjaya menahan kumpulan sasar itu.

    “Kita mengesan terdapat dua sektor iaitu pembinaan dan perkhidmatan yang paling ramai menggajikan PATI selain bidang perkilangan, perladangan dan pertanian,” katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Setia Berjasa dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah di Auditorium Pustaka Negeri di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 19,000 PATI Ditahan Tiada E-Kad Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top