Seorang ahli perniagaan muda bergelar Datuk Seri yang direman berhubung kes membelasah tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) didapati positif dadah.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, semakan pihaknya turut mendapati Datuk Seri yang berusia 29 tahun itu mempunyai satu rekod lampau berkaitan kes pengambilan dadah.
Menurut beliau, pihaknya turut membuka satu lagi kertas siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera dengan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang berbahaya.
“Ujian air kencing Datuk Seri berkenaan mendapati dia positif dadah,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena majlis sambutan Deepavali di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini semalam.
0 comments:
Post a Comment