My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 8 November 2017

    Ajal Digilis Lori



    PENUNGGANG motosikal maut selepas digilis lori muatan kelapa sawit di Jalan Keningau - Sook, Keningau, petang semalam. Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, Matnih Majid, 64, pesara kerajaan maut di lokasi kejadian akibat parah seluruh badan. 

    Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintendan Ahmad Jawila berkata, penunggang motosikal dan sebuah lagi kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux bergerak dari arah pekan Keningau menuju ke Sook.

    "Ketika pemandu Toyota Hilux berhenti kerana kenderaan dihadapan berhenti, motosikal yang ditunggang mangsa melanggar belakang Toyota Hilux. Akibat kejadian itu, mangsa tercampak ke lorong sebelah kanan lalu digilis tayar belakang lori dari arah bertentangan," katanya, hari ini.

    Beliau berkata, mangsa maut di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Keningau. "Hasil pemeriksaan doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat parah seluruh badannya. "Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ajal Digilis Lori Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top