My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 8 November 2017

    Polis Minta Bantuan Kesan Lelaki Hilang



    Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang pemuda yang dilaporkan hilang di Sibu Jaya sejak Sabtu lalu. Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zailanni Amit berkata, pemuda dikenali sebagai Steinzerly Anak Musa, 26, yang mengalami kecelaruan fikiran dan kemurungan itu kali terakhir dilihat di gelanggang futsal Sibu Jaya. 

    Katanya, pemuda itu berbadan kurus, tinggi sederhana, berkulit cerah dan memakai kemeja T hitam, berseluar pendek, tidak berkasut serta terdapat kesan luka di lehernya. "Semasa keluar dari rumah pemuda ini tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri dan kes ini diklasifikasikan sebagai kes orang hilang. Hingga pukul 8 malam tadi dia masih belum dijumpai," katanya.

    Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat melibatkan anggota polis Sibu, bomba dan penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut dijalankan. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Steinzerly diminta menghubungi balai polis terdekat.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Polis Minta Bantuan Kesan Lelaki Hilang Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top