My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 8 November 2017

    Akibat Kantoi Curang, Qatar Airways Terpaksa Mendarat Cemas



    AMUKAN seorang wanita ketika dalam penerbangan selepas mengetahui suaminya ada hubungan sulit menyebabkan pesawat dinaiki mereka terpaksa melakukan pendaratan cemas di Chennai, selatan India. 

    Menurut laporan Hindustan Times, wanita rakyat Iran itu dalam perjalanan dari Doha, Qatar, ke Bali, Indonesia bersama suami dan anak mereka dengan penerbangan Qatar Airways, Ahad lalu.

    Ketika suaminya tidur, wanita itu menggunakan jari suaminya untuk membuka telefon lelaki itu yang dilindungi kunci cap jari, dan menemui bukti hubungan sulit si suami. Berang dengan penemuan itu, wanita terbabit mengamuk, memukul suaminya dan kru kabin gagal menenangkannya.

    Apabila keadaan menjadi semakin tidak terkawal, juruterbang memutuskan terpaksa mendarat cemas di Chennai. Wanita itu, suami serta anak mereka dibawa keluar dari pesawat yang kemudian meneruskan perjalanan ke Bali.

    Wanita berkenaan dan keluarganya berada di lapangan terbang itu selama sehari sebelum dihantar ke Kuala Lumpur dengan penerbangan Batik Air.

    Difahamkan tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap wanita itu atau keluarganya. Menurut AFP, pihaknya yang menghubungi Qatar Airways gagal mendapatkan ulasan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Akibat Kantoi Curang, Qatar Airways Terpaksa Mendarat Cemas Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top