BERIKUTAN prestasi kurang memberangsangkan kem badminton negara sepanjang tahun ini, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) serius untuk meningkatkan kualiti para pemain menerusi pengenalan sistem ranking.
Presidennya, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, pihaknya komited untuk menaiktaraf kualiti pemain-pemain negara selain mengakui BAM tidak teragak-agak untuk menyingkirkan mana-mana pemain yang gagal menampilkan aksi memberangsangkan.
“Saya mahu barisan jurulatih buat sistem ranking dalaman terhadap setiap pemain. Bermula 2018, kita akan lakukan penilaian sebanyak dua kali iaitu pada Februari dan Ogos. Pemain-pemain yang gagal capai KPI (Petunjuk Prestasi Utama) akan disingkir dan diganti dengan pemain baharu,” katanya di Kuala Lumpur semalam.
0 comments:
Post a Comment