My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 8 November 2017

    'Bila Masa Pula Saya Nak Menikah?'



    PELAKON Emma Maembong, 25, menafikan dia bakal melangsungkan pernikahan dengan ahli perniagaan berpangkat Datuk dari Sabah dan dikatakan menjadi punca perceraian lelaki itu. 

    Ketika konflik hubungan Emma dengan kekasihnya, Kamal Adli kecoh baru-baru ini, ahli perniagaan dikenali sebagai Datuk Salim Rahman itu tampil mengatakan hubungannya dengan Emma sebagai kawan selepas mengenalinya menerusi keluarga.

    Emma ketika ditemui berkata, cerita dia bakal bernikah dengan Salim timbul selepas ahli keluarganya menyarankan supaya lelaki itu masuk meminangnya. "Salim adalah kenalan abang ipar saya dan saya serta keluarga agak rapat dengannya. Apabila abang ipar dan kakak keluar bertemu rakan mereka, kadang-kadang saya ada bersama. Jadi secara tidak langsung kami menjadi kawan.

    Saya tahu abang ipar sering bergurau dengan Salim dengan memintanya untuk meminang saya. Percayalah tiada apa yang serius mengenai perkara itu," katanya.

    Ditanya mengenai dakwaan mengatakan dia menjadi punca perceraian Salim dengan bekas isteri tiga minggu lalu kerana mahu menikahinya, Emma berkata, dia terkejut dengan dakwaan itu. Menurut Emma, ketika mengenali Salim, lelaki itu sudah bercerai setahun lalu dan dia tidak tahu bagaimana dakwaan itu timbul.

    “Perkara itu turut diketahui Kamal kerana tiada rahsia antara kami berdua. Semua perkara berlaku membabitkan hal peribadi sepanjang bersama Kamal, semuanya saya kongsikan dengannya. Ketika itu ada juga orang mahu masuk meminang dan perkara itu saya beritahu kepadanya. Sebagai kawan paling rapat, saya tidak pernah simpan satu perkara pun daripada Kamal," katanya.

    Menurut Emma, jika benar dia dan Salim ada hubungan istimewa dan mahu bernikah, dia pasti tidak akan menghebahkan lelaki yang bakal menjadi suaminya ketika dia sedang berkawan rapat dengan Kamal.

    "Saya tidak pernah merahsiakan persahabatan saya dengan Salim daripada umum dan Kamal. Disebabkan tiada yang serius, saya tidak rasa ada salahnya untuk saya memuat naik gambar di Instagram,” katanya.

    Terdahulu, Emma memuat naik gambarnya bersama Salim ketika menjayakan satu program di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini. Perkara itu menarik perhatian ramai netizen kerana ketika itu hubungan Emma dengan Kamal dilanda konflik.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 'Bila Masa Pula Saya Nak Menikah?' Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top