My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 1 November 2017

    Aksi Terbaik Malaysian Tigress



    KETUA jurulatih skuad hoki wanita negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah mampu tersenyum biarpun anak-anak buahnya tewas 0-2 kepada pasukan No. 12 dunia, India pada aksi terakhir Kumpulan A Piala Asia 2017 di Kakamigahara, Jepun semalam. 

    Apa tidaknya, Dhaarma, 48, menyi­fatkan ia persembahan terbaik pernah dipamerkan Malaysian Tigress sejak beliau dilantik mengendalikan skuad wanita yang menghuni ran­king ke-22 dunia awal tahun lalu.

    Hanya tuah tidak memihak kepada skuad negara pada aksi di Stadium Green Kawasaki itu apabila jari­ngan Siti Rahmah Ohtman dibatalkan oleh pengadil perlawanan selain beberapa percubaan pemain sekadar terkena tiang dan palang gol India.

    “Kami memperoleh lima pukulan sudut penalti berbanding India cuma tiga. Pukulan Siti (Shahida Saad) terkena palang dan percubaan penyerang muda, Nur Maiza­tulhanim Shafi (Sheik Fuad) juga terkena tiang.

    “Siti Rahmah berjaya menjaringkan satu gol tetapi pengadil tidak membenarkan kerana mendakwa bola masih tidak melepasi garisan gol. Walaupun gol dibatalkan tetapi pemain-pemain India nampak terkilan dengan permainan kami.

    “Kami sudah memberikan segala yang ada untuk mencari gol pada suku masa keempat. Kami menye­rang mereka dari pelbagai sudut tetapi pengalaman membezakan antara kedua pasukan apabila India memperoleh dua gol hasil serangan balas pantas.

    “Bagi saya, ini adalah perlawanan terbaik kami sejak bersama skuad wanita. India juga nampak takut kerana kami bertubi-tubi melakukan asakan ke kubu mereka,” katanya ketika dihubungi semalam.

    Malaysian Tigress melepaskan dua gol kepada India dalam tempoh se­minit, kedua-duanya menerusi sera­ngan balas pantas yang diperoleh menerusi Vandana Katariya dan Gurjit Kaur pada minit ke-54 serta ke-55.

    Biarpun tewas, namun Dhaarma gembira kerana India yang membariskan 16 pemain daripada skuad Sukan Olimpik 2016 dan sudah mengesahkan tempat ke pentas ­Piala Dunia 2018 terpaksa ‘berpeluh’ untuk menang ke atas skuad negara. Kekalahan itu menyaksikan skuad negara mara ke suku akhir sebagai pasukan tempat ketiga Kumpulan A dan dijangka bertemu naib juara Kumpulan B, Jepun esok.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Aksi Terbaik Malaysian Tigress Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top