My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 1 November 2017

    Sembilan Mayat Tanpa Kepala, Dilapah Ditemui



    Polis Jepun menemui sembilan mayat tanpa kepala dan dilapah di dalam beberapa bekas ais di sebuah flat di pinggir Tokyo, lapor media semalam. Susulan penemuan itu, polis menangkap penghuni flat, Takahiro Shiraishi, 27, di kediamannya yang terletak di sebuah kejiranan sunyi di Zama. 

    Menurut akhbar Jiji Press, polis pada mulanya menemui dua kepala manusia di dalam kotak ais di pintu masuk flat itu sebelum menggeledah dan menemui sejumlah anggota badan manusia. “Semasa siasatan lanjut, polis menemui sembilan kepala mayat mangsa kesemuanya yang disimpan di dalam pelbagai bekas ais di kediaman itu,” kata stesen televisyen swasta, TBS.

    Menurut seorang jurucakap polis Metropolitan Tokyo, Shiraishi ditahan atas tuduhan melapah satu mayat dan menyimpannya di dalam bekas ais. Suspek tidak menafikan tuduhan terhadapnya.

    “Lelaki itu berkata, dia melapah satu mayat ber­kenaan dan diletakkan di dalam bekas ais sebelum memasukkan pasir kumbahan kucing untuk menyembunyikan bukti,” kata jurucakap tersebut tanpa mengulas lanjut.

    Menurut TBS lagi, Shiraishi membuang da­ging dan pelbagai organ mangsa yang dipotong ke dalam tong sampah. Laporan media turut menyebut bahawa mayat yang ditemui itu terdiri daripada lapan wanita dan seorang lelaki.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sembilan Mayat Tanpa Kepala, Dilapah Ditemui Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top