Seorang ahli perniagaan muda bergelar Datuk Seri direman empat hari oleh Mahkamah Majistret di sini semalam bagi membantu siasatan berhubung kes membelasah tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di sebuah tokong di Kampung Baru Ampang, Selangor, Jumaat lalu.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali berkuat kuasa semalam sehingga 3 November ini bagi membolehkan polis melakukan siasatan ke atas Datuk Seri berusia 29 tahun itu.
Lelaki itu akan membantu siasatan polis mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan tugasnya.
0 comments:
Post a Comment