My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 1 November 2017

    Sabah Terus Bantu Pembangunan Sukan



    Kerajaan negeri sentiasa memberikan sokongan dalam usaha memajukan bidang sukan di negeri ini dari semasa ke semasa. Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman berkata, Sabah memiliki banyak atlet sukan berbakat yang menyerlah ketika mewakili negara pada temasya sukan di peringkat antarabangsa seperti Sukan SEA Kuala Lumpur ke-29 lalu.

    Beliau berkata, kemampuan atlet negeri ini menyumbang lapan pingat emas, perak dua dan enam gangsa pada temasya dwi tahunan itu secara tidak langsung membuktikan kejayaan program-program sukan yang dilaksanakan di peringkat negeri.

    “Pelbagai insentif diberikan sebagai penghargaan dan suntikan semangat kepada semua atlet yang berjaya mengharumkan nama negeri serta sebagai sumber inspirasi dan pendorong kepada atlet pelapis.

    “Justeru, saya berharap agar pada temasya sukan akan datang, atlet Sabah akan terus melakar kejayaan cemerlang dan mengekalkan tradisi sebagai sebuah negeri disegani dalam arena sukan negara,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Sukan Negeri Sabah 2015/2016 di sini hari ini. Turut hadir ialah Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M. Jasni.

    Pada acara tersebut Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah turut memberikan penghargaan Anugerah Tokoh Sukan Sabah kepada Musa sebagai mengenang jasa beliau kepada pembangunan negeri ini. Sementara itu, Anugerah Olahragawan dan Olahragawati pula menjadi milik Ricky Leong Tze Wei dan Fatin Nurfatehah Mat Salleh.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sabah Terus Bantu Pembangunan Sukan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top