My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 7 November 2017

    Giliran Peter Pula Dipanggil SPRM



    Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Peter Anthony menerima waran untuk memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya esok. 

    Peter berkata, arahan itu diterima daripada pihak SPRM Sabah selepas dia dipanggil hadir ke pejabat agensi berkenaan di pejabat SPRM di Kompleks Kerajaan Persekutuan Sabah di sini hari ini. Menurut Peter, dia dipanggil untuk memberi keterangan di SPRM di Putrajaya pada pukul 8.30 pagi esok.

    "Saya hadir adalah untuk menerima waran daripada SPRM negeri untuk memberi keterangan di SPRM Putrajaya esok.

    "Mereka memanggil saya bagi membantu satu siasatan tetapi tidak dimaklumkan apa siasatan itu," katanya hari ini.

    Hadir sama, Peguam Martim Tommy dan Setiausaha Agung Warisan,Loretto Padua Jr. Terdahulu, Peter tiba di pejabat SPRM di sini pada pukul 9.27 pagi dan keluar kira-kira 30 minit kemudian.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Giliran Peter Pula Dipanggil SPRM Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top