My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 3 November 2017

    Lelaki Terjun Laut Ditemui Lemas



    LELAKI yang terjun ke laut untuk mengambil perahunya yang hanyut ditemui lemas di perairan Tanjung Aru, Menumbok, kira-kira jam 7 pagi semalam. 

    Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Khatizah Rahaban berkata, mayat Awang Tahir Daud, 49, ditemui dua nelayan tempatan berhampiran lokasi mangsa dilaporkan hilang sebelum membawanya ke pantai.

    Beliau berkata, mayat mangsa yang tiba di pantai pada jam 8.40 pagi kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang Selasa lalu, mangsa bersama dua lagi rakan turun ke laut sejauh kira-kira dua kilometer dari pantai untuk membina bagang.

    Bagaimanapun, perahu mereka yang diikat pada bagang berkenaan terlepas dari ikatan sebelum dihanyutkan ombak deras. Menyedari kejadian itu, mangsa kemudian terus terjun ke laut sebelum hilang.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Lelaki Terjun Laut Ditemui Lemas Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top