My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 6 November 2017

    Putera Charles, Isteri Lawat Kuching



    Kampung Budaya Sarawak (SCV) yang terletak di kaki bukit Gunung Santubong kira-kira 35 kilometer dari bandar raya ini bersiap sedia menunggu kunjungan Putera Charles, Prince of Wales dan isteri baginda, Camilla, Duchess of Cornwall hari ini. 

    Jurucakap SCV ketika dihubungi Bernama berkata, semua persiapan telah diatur bagi memastikan lawatan itu menjadi satu majlis yang tidak dapat dilupakan bukan sahaja untuk pasangan diraja itu tetapi juga untuk SCV.

    Beliau berkata, pewaris takhta Britain itu dijangka meneroka beberapa rumah tradisional seperti Rumah Iban serta Rumah Melanau dan juga terlibat dalam sesi dialog ringkas dengan beberapa golongan belia pelbagai etnik.

    “SCV menempatkan tujuh rumah tradisional selain beberapa tarikan seperti Rumah Muzik Hutan Hujan, Persada Alam di kawasan air terjun, Jejak Alam Semula Jadi dan juga teater yang mana para penari dan pemuzik akan mempersembahkan persembahan kebudayaan mereka yang terkenal,” katanya semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Putera Charles, Isteri Lawat Kuching Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top