Mahkamah Majistret membenarkan permohonan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap tiga kakitangan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Kota Kinabalu di sini hari ini.
Tiga kakitangan tersebut ialah dua pegawai berpangkat Timbalan Pengarah Logistik berusia 45 tahun dan Pegawai Penyiasat, 53 serta anggota APMM berusia 39 tahun. Majistret Afiq Agoes membenarkan permohonan reman antara lima hingga enam hari bermula hari ini terhadap kesemua suspek.
Kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan terhadap kes bot nelayan asing yang memasuki Sabah. Mereka ditahan semalam di Ibu Pejabat SPRM di sini. Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Mohd. Faliq Basiruddin.
0 comments:
Post a Comment