My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 6 November 2017

    Kami Mampu Sahut Cabaran Pengerusi BN




    Ramai yang menganggap, cabaran getir bakal menanti Barisan Nasional khususnya salah sebauh parti utama BN iaitu MCA. Jika dinilai dari prestasi Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu, kemenangan 7 buah kerusi Parlimen nyata bukanlah satu pencapaian yang boleh di banggakan oleh parti komponen utama BN ini.

    Justeru, apabila Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan cabaran kepada MCA untuk meraih sekurang-kurangnya 15 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke 14 kelak, kepimpinan parti dan akar umbi MCA menyuarakan keyakinan bahawa mereka mampu menyahut cabaran Datuk Seri Mohd Najib dan seterusnya merealisasikan impian untuk melihat MCA kembali kukuh.

    Memang diakui, cabaran getir menanti tambahan pula dengan cara politik kotor yang diamalkan oleh DAP, memungkinkan kesukaran akan menanti buat keseluruhan jentera MCA. Namun, ianya bukan lesen buat parti berkenaan mengangkat bendera putih sebelum turun bertarung di gelanggang kelak.

    Ketika diminta mengulas tentang perkara ini, salah seorang pemimpin utama parti memberitahu, kesemua jentera Pilihan Raya MCA telah pun digerakkan kira-kira lebih setahun yang lalu bagi melancarkan kempen pilihan raya apabila tiba masanya kelak.

    Katanya, MCA menyasarkan 20 buah kerusi untuk ditandingi dan parti berkenaan menyasarkan untuk meraih sekurang-kurangnya 75 peratus dari keseluruhan kerusi yang mereka tandingi. Justeru, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai awal-awal lagi telah mengerahkan kesemua jentera pilihan raya MCA untuk bergerak dan melakukan kerja-kerja dasar.

    Beliau juga mengakui, cabaran getir mungkin menanti namun beliau yakin, dengan kekuatan jentera MCA dan dicampur pula dengan jentera pilihan raya dari lain-lain parti komponen BN yang ada seperti UMNO, MIC, Gerakan dan lain-lain lagi, sasaran yang diletakkan oleh Datuk Seri Mohd Najib mampu dicapai.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kami Mampu Sahut Cabaran Pengerusi BN Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top