“SELAMA 40 tahun saya bergelar pemain bola sepak, rasanya tak pernah dengar lagi ada pemain yang mencarut kepada penyokong lawan, kata bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali mengenai tindakan biadab ketua pasukan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Safiq Rahim yang dikatakan mengeluarkan perkataan lucah dipercayai ditujukan kepada pengkritiknya.
Johor DT berjaya menewaskan Kedah 2-0 dalam aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam tadi dan Safiq ketika meraikan kemenangan itu selepas perlawanan tamat seperti melepaskan geram sehingga mencarut di depan jurugambar yang sedang merakam detik manis pemain kelab Harimau Selatan.

Jelas Khalid, sebagai seorang pemain profesional yang menjadi tumpuan masyarakat termasuk kanak-kanak, ia adalah suatu perlakuan kurang sopan yang tidak seharusnya diungkapkan Safiq apatah lagi secara terbuka.
“Sebagai kapten Johor DT dan kapten pasukan bola sepak Malaysia, perkataan macam itu tak berapa baik. Saya rasa dia melepaskan geram kepada pengkritik. Kita kena terima hakikat sebenar, ada orang benci dan ada juga orang suka kita. Lebih-lebih lagi apabila kita mencapai kejayaan mestilah ada perkataan tak elok daripada penyokong pasukan lawan.

“Cuma apa yang dibuat Safiq agak memeranjatkan kita apabila mencarut kepada penyokong dan pengkritik lawan,” katanya.
0 comments:
Post a Comment