My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 6 November 2017

    Tiga Juta Orang Di Dunia Tidak Punyai Negara



    Sekurang-kurangnya tiga juta orang di seluruh dunia tidak mempunyai negara sekali gus dinafikan identiti, hak dan juga peluang pekerjaan, kata Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) semalam. 

    Menurut agensi tersebut, kebanyakan mereka terdiri daripada etnik minoriti. Daripada jumlah itu, penduduk Islam Rohingya di Myanmar yang majoriti rakyatnya beragama Buddha merupakan etnik minoriti tanpa negara terbesar di dunia.

    Kira-kira 600,000 etnik Rohingya telah melarikan ke Bangladesh sejak akhir Ogos lalu untuk menyelamatkan diri daripada keganasan dan penindasan, kata UNHCR. Dalam laporannya bertajuk This is Our Home - Stateless Minorities and their Search for Citizenship, UNHCR meminta kerajaan-kerajaan di dunia menamatkan amalan diskriminasi menjelang tahun 2024.

    “Sekiranya anda hidup di dunia ini tanpa kewarganegaraan, anda hidup tanpa identiti, tanpa dokumentasi dan tanpa hak serta keistimewaan yang kita ambil mudah seperti mempunyai pekerjaan dan pendidikan," kata pengarah divisyen perlindungan antarabangsa UNHCR, Carol Batchelor pada satu sidang akhbar.

    “Kerajaan sepatutnya memberikan kerakyatan kepada orang yang lahir di negara berkenaan. Kerajaan juga perlu membantu penduduk tetap mendapatkan kerakyatan,” tambahnya.

    Selain Rohingya, etnik-etnik lain yang dinafikan kerakyatan walaupun ramai antara mereka sudah menetap di tanah air sendiri sejak beberapa generasi lalu termasuk puak Kurdis di Syria, etnik Karana di Pulau Madagascar dan suku Pemba di Kenya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tiga Juta Orang Di Dunia Tidak Punyai Negara Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top